Thursday, 24 October 2013

Kota Oh Kota!

Dilema anak kampung ke kota...
Cari kerja tumpang saudara...
sijil murah cuma di bawa...
Gaji kurus habis kat rumah sewa...

Tinggal di kampung katanya kolot...
Kebun getah habis pendatang bolot...
Kalau menganggur telinga tak tahan carut...
Hijrah ke bandar hidup mengesot...

Mak dan ayah menanti duit belanja...
Dorang tak tau anaknya keja apa...
sering ditanya bila nak berkereta...
Nak makan pun kena berkira...mana nak cekau duit beli kereta?

No comments:

Post a Comment