Friday 11 October 2013

Aku dan Dia...

Aku dan dia di alam rahim yang sama....
Datang melihat dunia pada tarikh yang sama....
Merangkak dan berjalan seriring usia...
Gergelak ketawa bergurau senda...

Dia hidup dipalit kemanisan...
Aku hidup bernyawakan ujian...
Dia cahaya harapan keluarga...
Aku cuma kambing hitam yg memeningkan....

Dia hebat kerana ALLAH menjadikan dia berkerjaya...
Aku hina kerana hanya menumpang senang dia...
Dia marah kerana dia tak kaya2...
Aku yang membataskan dia berbelanja...

Sekarang hiduplah kau dengan yg kau cinta...
Pujalah dia sepuasnya...
Emak biar aku yang jaga...
Tak apa, aku dah biasa derita...

rezeki yang sedikit dia aku rasa dah kaya...
kereta buruk ini aku dah rasa mewah segala..
rumah yang kecil ini bagai syurga...
Tak apa emak, kita hiduplah dengan cara kita....

Doa saja yang boleh sembuhkan dia...
Sombong riak dengan harta tak ke mana...
Syurga pada suaminya biarlah dia cita...
sedangkan redha ALLAH juga bergantung pada redhanya IBU DAN BAPA....

No comments:

Post a Comment