Monday, 25 March 2013

Hairan...



Ermmm...
Hairan...
Kadang2 terlalu hairan...
Juga tertanya2, mengapakah kita terlalu takut untuk bertindak. untuk melakukan, juga menghukum di jalan yg benar?
Kita selalu membelakangkan yg wajib dan mendepankan yg tak berapa penting.
Seorang pak cik di kampung saya, akan pukul anak dia hingga separuh mati, ataupun dalam bahasa novelnya, nyawa2 ikan. Kerana anak beliau( layak ke digelar beliau)hanya mandi sungai di belakang rumah. Sudah dibilang jangan! tapi budak2 besalah. Degil amat. Apa lagi? di pukulnya budak itu hingga lebam2.
Teringin nak tanya pak cik tu, dan soalannya yang aku simpan tu berbunyi:
"Kalaulah anak pakcik tak solat? pak cik nak buat apa erk?"
agak2 apa jawapan pak cik tu?
entah2 dengan aku2 dia sebat....
Itulah kita hari ini. Memantingkan benda yang tak kena. Tegas pada benda yang tak berapa perlu. Dan yang sedihnya melupakan yang sangat dituntut. Mandi sungai tu apalah sangat. Sedangkan jika tidak solat, kita jadi musuh ALLAH, MUSUH PARA MALAIKAT, PARA NABI, PARA ULAMAK'. Jadi lepas ni pukul anak kalau malas solat, then pergi joint dorang mandi sungai untuk pastikan dorg selamat...
Alamakkkkk...pak cik tu ada baca ke?
Sorry pak cik!!!! 

AJINAMOTO+GARAM+GULA+ASAM+REMPAH CAP TRAKTOR= RUMAHTANGGA

Melangkah ke alam rumahtangga....
Kata orang yang beriman, melangkah ke syurga ciptaan dunia manusia....
kata yang si jahil pulak....
Melangkah ke neraka hidup yang kita bina sendiri...
Mana satu betul?
Ukurlah yang mana satu kita??? kikikiki....
         Bernikah, boleh menjadikan kita lebih baik...
Juga boleh manjadikan kita macam layang2....
hilang tanpa tali...tanpa kawalan suami....
jadi jangan jadikan kita layang2...
jadikan kita seorang wanita yang perempuan...
Juga doakan kelelakian suami walaupun dia mengaku dia sudah benar2 jantan....
kerana syurga ALLAH hanya boleh dikecapi setelah suami+isteri melalui dan merasai betapa bisanya racun rumahtangga, betapa kroniknya sakit hati bila berdepan dengan biras ipar duai yg tak sekepala...
Juga mengharungi semak samun fitnah, lalang2 penyibuk yang tumbuh....
banjiran dan taufan krisis yang tak ada hujung....
limpahan ego dan kerasnya prinsip serta pegangan masing2...
pedihnya luka, hinanya diri....rendahnya taraf, miskinnya family dan perbezaan cara hidup....
Semuanya...
Bersedialah...
dan jika sudah bersedia pun, korang takkan rasa yang korang dah sedia..jadi nikah saja, harungi dan berdoa...
Ingat ALLAH sentiasa...
Minta pada dia...Syurga..
InsyaAllah...


Wednesday, 13 March 2013

Bismillahirahmannirrahim...
 Yang dikata berilmu itu, orangnya selalu merendah diri...
Yang dikatakan cerdik pandai itu..orang yang tak membodohkan orang lain..
Yang dikatakan mulia pula...selalu akan menolong orang walaupun taklah pandai mana...
Jadi, aku pun menghulurkan bantuan, untuk 2 orang guru itu...
Tapi bukan kerana rasa diri berlimu, jauhlah sekali nak rasa mulia...nak rasa cerdik pandai amatlah tidak...
Hanya kerana ingin menceduk dua tiga senduk lagi ilmu..juga berkongsi satu dua sudu pengetahuan yang ada dalam bidang penulisan serta bidang filem....

Barangkali....
Setelah berdepan dengan soalan interview 2 org guru itu nanti, aku akan lebih tepat mengukur diri yg serba OKU ini....

Ok, berganjak pula ke lain episod...
Sudahlah lamaran 2 guru itu amat aku hargai...
Datang pula Kaki Novel menjenguk ke email...
kata mereka Manuskrip ' TUNGGU AKU SAYANG' teleh berjaya membuatkan mereka terjatuh cinta...
Jadi selain manuskrip 'PUTIH' bersama Lejen Press, maknanya akan ada buah fikir ke2 untuk tahun ini menyemak ke rak2 buku di kedai2 buku berhampiran anda....

Jadi Awas ye!!!!!

Opsss!!!!!
Lupa pulak kat ' Cinta Si baju Kurung Kain Cotton' nangis nt dia....jom g tengok dia...

http://www.novelmelayukreatif.com/index.php/novel-terbaru/253-nor-maya-ni/1009-si-baju-kurung-kain-cotton-bab-1-bab-4

Contengan Yang bakal membazirkan air mata, juga air hidung....
Kisah seorang lelaki yg sedar diri...
Membawa diri...
Tunggu Aku Sayang ....


Sebuah karya yang akan membuatkan anda termenung dan berfikir...
Tentang usaha untuk memperoleh cinta...
Ops!!! bukan si teruna yang tergila-gilakan si dara...
Si gadis yang beria-beria....okey!!!!!
Tapi apakan daya...
Dia cuma seorang yang suka berbaju kurung...
Dia cuma si gadis biasa yang tak punya apa-apa...