Monday 25 March 2013

Hairan...



Ermmm...
Hairan...
Kadang2 terlalu hairan...
Juga tertanya2, mengapakah kita terlalu takut untuk bertindak. untuk melakukan, juga menghukum di jalan yg benar?
Kita selalu membelakangkan yg wajib dan mendepankan yg tak berapa penting.
Seorang pak cik di kampung saya, akan pukul anak dia hingga separuh mati, ataupun dalam bahasa novelnya, nyawa2 ikan. Kerana anak beliau( layak ke digelar beliau)hanya mandi sungai di belakang rumah. Sudah dibilang jangan! tapi budak2 besalah. Degil amat. Apa lagi? di pukulnya budak itu hingga lebam2.
Teringin nak tanya pak cik tu, dan soalannya yang aku simpan tu berbunyi:
"Kalaulah anak pakcik tak solat? pak cik nak buat apa erk?"
agak2 apa jawapan pak cik tu?
entah2 dengan aku2 dia sebat....
Itulah kita hari ini. Memantingkan benda yang tak kena. Tegas pada benda yang tak berapa perlu. Dan yang sedihnya melupakan yang sangat dituntut. Mandi sungai tu apalah sangat. Sedangkan jika tidak solat, kita jadi musuh ALLAH, MUSUH PARA MALAIKAT, PARA NABI, PARA ULAMAK'. Jadi lepas ni pukul anak kalau malas solat, then pergi joint dorang mandi sungai untuk pastikan dorg selamat...
Alamakkkkk...pak cik tu ada baca ke?
Sorry pak cik!!!! 

No comments:

Post a Comment