Friday, 11 October 2013

Yang Dulu....

Hanya kerana SMS kita bertelagah hebat...
Hanya kerana tidak Call kita merajuk berabat...
Gaduh itu hanya kerana rindu...
Benci sekejap hanya kerana pilu...

suatu masa akan termimpi2...
Esok atau lusa akan cari kembali...
oh! egonya hati tetap nak membenci...
Payah nak lupa so, cari penganti...

Bila hilang..barulah tahu...
Yang dulu itu walaupun tak romantik, tapi selalu merindu...
Yang baru lagilah macam hantu...
Nak balik pada yang dulu???
Jom Sama-sama belajar...

Tak Sangka...

Masa bercinta...
Kau boleh canang kau pembersih...
Kau boleh gebang kau Alim soleh...
Kau boleh tipu kau rajin ke masjid...
Kau boleh omong kau hormat wanita...

Bila tidur sudah sebilik...
Bila hati sudah selagu...
Bila jiwa sudah setaman...
Oh, rupanya kau lebih dari itu
Aku pula yang malu...

Sebab aku tak serajin dirimu...
Sebab aku tak sealim kamu..
Sebab aku tak sezuhud sujud mu...
Sebab aku sering kali menyakitimu....
Maafkan aku.....

Aku ...

Diri dilihat bagai besi...
Hati dan jiwa sebenarnya tisu...
Senyum di muka tak pernah kendur...
Dalam dada sebenarnya sudah lebur, hancur...

Friday, 5 July 2013

Aku Rindu ...

Masa berlari...
Laju teramat...
Walau direnung jarum jam yang seakan tidak ada pergerakan itu...
Kita sebenarnya tertipu oleh masa...
Rupa-rupanya.... bulan dan hari telah jauh meninggalkan kita...

Sudah menghampiri Ramadhan untuk tahun 2013...
Masih tercari-cari siapakah diri sebenar?
Masih tertanya2 tentang amal ibadat yang banyak tertinggal...
Masih keliru untuk mengubah segala keburukan kepada baik...
Masih tenggelam dalam lautan gelora nafsu yang melemaskan...
Masih bakhil dalam mengecap kemewahan berseorang...
Masih angkuh mendabik riak terhadap org tua sendiri...
Masih melalaikan diri dari bangun menjadi bapa yg bertanggujawab,
Isteri yang taat..dan anak-anak yang soleh....

Ramadhan datnag lagi....
Datang membawa sinar...
Datang untuk membelai jiwa kita...
Datang membawa Rahmat, membawa suatu ketenangan bagi yang mencarinya...

Monday, 25 March 2013

Hairan...



Ermmm...
Hairan...
Kadang2 terlalu hairan...
Juga tertanya2, mengapakah kita terlalu takut untuk bertindak. untuk melakukan, juga menghukum di jalan yg benar?
Kita selalu membelakangkan yg wajib dan mendepankan yg tak berapa penting.
Seorang pak cik di kampung saya, akan pukul anak dia hingga separuh mati, ataupun dalam bahasa novelnya, nyawa2 ikan. Kerana anak beliau( layak ke digelar beliau)hanya mandi sungai di belakang rumah. Sudah dibilang jangan! tapi budak2 besalah. Degil amat. Apa lagi? di pukulnya budak itu hingga lebam2.
Teringin nak tanya pak cik tu, dan soalannya yang aku simpan tu berbunyi:
"Kalaulah anak pakcik tak solat? pak cik nak buat apa erk?"
agak2 apa jawapan pak cik tu?
entah2 dengan aku2 dia sebat....
Itulah kita hari ini. Memantingkan benda yang tak kena. Tegas pada benda yang tak berapa perlu. Dan yang sedihnya melupakan yang sangat dituntut. Mandi sungai tu apalah sangat. Sedangkan jika tidak solat, kita jadi musuh ALLAH, MUSUH PARA MALAIKAT, PARA NABI, PARA ULAMAK'. Jadi lepas ni pukul anak kalau malas solat, then pergi joint dorang mandi sungai untuk pastikan dorg selamat...
Alamakkkkk...pak cik tu ada baca ke?
Sorry pak cik!!!! 

AJINAMOTO+GARAM+GULA+ASAM+REMPAH CAP TRAKTOR= RUMAHTANGGA

Melangkah ke alam rumahtangga....
Kata orang yang beriman, melangkah ke syurga ciptaan dunia manusia....
kata yang si jahil pulak....
Melangkah ke neraka hidup yang kita bina sendiri...
Mana satu betul?
Ukurlah yang mana satu kita??? kikikiki....
         Bernikah, boleh menjadikan kita lebih baik...
Juga boleh manjadikan kita macam layang2....
hilang tanpa tali...tanpa kawalan suami....
jadi jangan jadikan kita layang2...
jadikan kita seorang wanita yang perempuan...
Juga doakan kelelakian suami walaupun dia mengaku dia sudah benar2 jantan....
kerana syurga ALLAH hanya boleh dikecapi setelah suami+isteri melalui dan merasai betapa bisanya racun rumahtangga, betapa kroniknya sakit hati bila berdepan dengan biras ipar duai yg tak sekepala...
Juga mengharungi semak samun fitnah, lalang2 penyibuk yang tumbuh....
banjiran dan taufan krisis yang tak ada hujung....
limpahan ego dan kerasnya prinsip serta pegangan masing2...
pedihnya luka, hinanya diri....rendahnya taraf, miskinnya family dan perbezaan cara hidup....
Semuanya...
Bersedialah...
dan jika sudah bersedia pun, korang takkan rasa yang korang dah sedia..jadi nikah saja, harungi dan berdoa...
Ingat ALLAH sentiasa...
Minta pada dia...Syurga..
InsyaAllah...