Wednesday, 30 January 2013

~Novel Pancing Benci Kailnya Cinta nukilan Normayani Ismail~

Judul Novel : Pancing Benci Kailnya Cinta
Penulis : Nurmayani Ismail
ISBN : 978-967-109-060-2
Harga : 22.90
Penerbit : Tinta Kasih Publisher
Untuk Info Klik Link ini : Novel Pancing Benci Kailnya Cinta


SINOPSIS PKBC:
Azman Seorang cikgu metamatik tambahan yang skema, seorang lelaki yang demand. Seorang lelaki yang seringkali mencari permata asli yang bersinar-sinar. Kehadiran Eyreen si yatim piatu yang merimaskan membuatkan hidupnya kucar kacir. Kewujudan Asyira sebagai gadis idaman meninggalkan luka yang dalam. Maka bermulalah episod hidup yang penuh pengajaran.
“Cuma, macam jantan sikit kan? bukan sikit ibu. Memang dah macam jantan. Ibu nak Man rapat ngan budak sengal macam tu? Sorry banyak- banyak”
“ Kalau bercakap pasal perempuan…lancang, nanti Man jatuh hati kat Eyreen baru Man tau. Masa tu ibu nak gelak jahat kat Man…Hah hah hah hah…”
“Doalah yang pelik-pelik ibu…nanti jadi menantu ibu, baru padan muka. Masa itu Man pun nak gelak jahat kat ibu.”
Lantas segalanya berlalu tanpa diduga. Prinsip tinggal prinsip, keegoan mulai luntur apabila tak semena-mena Si kasar ini menjadi penawar lara buat jiwa yang Azman sedang bernanah.
“ kau tak payah nak kenangkan sangat perempuan tu, kau gilakan dia sampai mati pun tak ada guna lah Azman. Tengok sekarang siapa yang susah? Aku tak nak kau macam ni, kalau kau sakit siapa nak gaduh dengan aku? Siapa nak marah aku?. Aku nak kau sihat macam selalu.”
Kelukaan mengajar Azman agar menerima takdir Allah, menerima jodoh yang di takdirkan dengan reda tanpa sebarang kompen lagi. Tak sangka insan yang selalu bertegang urat dengannya menjadi suri hidup yang paling bermakna.